Terma Perkhidmatan Emel

Perkhidmatan emel disediakan kepada semua pengguna KEMENTERIAN DALAM NEGERI(KDN) adalah tertakluk kepada Polisi ICT KDN.
Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah tertakluk kepada terma-terma perkhidmatan tersebut yang boleh dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa tanpa notis kepada pengguna.Pengguna adalah:
  • Bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan katalaluan atau akaun masing-masing pada setiap masa.
  • Pengguna perlu memaklumkan segera kepada aduan@moha.gov.my sekiranya wujud sebarang kebocoran, penyalahgunaan atau penyamaran katalaluan, atau sebarang pelanggaran keselamatan.
  • Memastikan logout dari akaun pada akhir setiap sesi.

Di bawah sebarang keadaan dan tanpa notis, KDN berhak menamatkan sebarang akaun dan capaian ke atas sistem emel sekiranya berlaku penyalahgunaan dan pelanggaran terma-terma perkhidmatan.Ini bagi menjamin kebolehsediaan pada setiap masa dan kelancaran serta keselamatan sistem e-melsentiasa terjamin.Dengan menggunakan sistem emel ini, bermakna anda telah bersetuju dengan terma-terma perkhidmatan di atas.